|
AHLAN~WASAHLAN^^
Tuesday, October 26, 2010
Thursday, October 21, 2010
ooooooo ^^
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Posted by mAd~TAU^^ at 9:17 PM 2 comments
Friday, October 15, 2010
Saturday, October 9, 2010
Pengajaran utk saya^^
Bismillahirrahmanirrahim.....
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.
Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun.
Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di
samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di
kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di
hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat
kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah
van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di
Gurun, Kedah.Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar
selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat
panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau
sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya
tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan
menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan
panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa
orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3
orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri
beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga
kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu
kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin
untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan
sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya
tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa
doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa
yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya
kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian
menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk
mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat
itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya
saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan
doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang
ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu.
Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru
saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah
pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan
pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam
akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat
dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu
kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya
dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya
tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan
mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika
barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya
kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan
anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan
masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih
pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan
sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas.
termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan
jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke
rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang
remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga
tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik
meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak
menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran
kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau
adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran
pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya
ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan
dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa b
ersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana
Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran
dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan
dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Wallahualam.....
Posted by mAd~TAU^^ at 5:29 AM 2 comments
Friday, October 8, 2010
FRENS ALWAYS^^
So, have you contact your buddy today?
If not, why dont take ur phone and send a simple sms to him/her,
to show that u care for him/her ^^
Posted by mAd~TAU^^ at 8:40 PM 0 comments
Saturday, October 2, 2010
aduhai...azabnya huhuhuhu
INI terjumpa smasa malayari intenet huhuhuhu
so apa2pun hati2lah sentiasa k ......moga2 selalu dilindungiTempat kejadian: Hospital
Masa: Tidak diketahui
Sumber: Tidak diketahui. Cari-cari dalam laptop jumpa. Post je la.
Klasifikasi: 18PL
Amaran: Kepada yang sakit perut, cirit birit, mengandung, baru lepas makan tidak digalakkan tengok!!!
v
v
v
v
v
Jangan muntah depan komputer wei... Tuan punya blog pun tak lalu nak tengok lama-lama..Alergik..Muahaha!
Posted by mAd~TAU^^ at 8:49 PM 5 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)