BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Sunday, January 23, 2011

Postur Yang Baik Elak Sakit Leher dan Belakang ^^


oleh Suzan Ahmad

Dianggarkan 80% orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50% pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk.

Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.


Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantungdan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.

Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Tabiat Buruk

Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang:

* Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu

* Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja

* Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat

* Berdiri terlalu lama

* Membawa barang yang beratnya tidak seimbang

* Duduk membongkok di kerusi

* Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin

* Memakai kasut bertumit tinggi


Tekanan Tidak Normal

Kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.

Tekanan tidak normal secara berlarutan boleh membawa kepada perubahan struktur tulang belakang seperti kemerosotan cakera dan sendi, pemanjangan dan pemendekan ligamen dan otot sokongan dan rawan yang haus atau terkoyak.

Penyebab sakit belakang dan leher paling lazim bermula pada tisu lembut seperti otot, tendon dan ligamen dalam struktur ini. Ia berlaku akibat kecederaan yang menimpa struktur ini.


Masalah seperti arthritis degeneratif pada spina di leher (spina cervical) boleh mencengkam saraf dan menyebabkan leher dan bahu sakit. Penyakit cakera degeneratif pada bahu (cervical spondylosis) pula boleh menyebabkan sakit leher setempat yang tidak membabitkan kawasan lain.

Keadaan tidak normal membabitkan saraf tunjang, jantungparu-paru dan beberapa organ abdomen juga boleh menyebabkan masalah leher dan belakang.

Postur Yang Baik

Namun, apakah pilihan atau kaedah bagi mengelak kemungkinan mengalami masalah sakit leher dan bahu?

Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher menumpu kepada 3 perkara iaitu :

1. Belajar mempraktikkan postur yang baik

2. Bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian

3. Kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai)

Asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan.

Penjagaan asas postur yang baik ialah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan 3 lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul.


Tiga lengkuk itu merujuk kepada lengkuk kecil pada dasar leher, bulatan kecil di tengah bahagian belakang dan lengkuk kecil di bawah belakang badan. Spina yang neutral tidak terlalu bulat ke depan mahupun terlalu melengkung ke belakang.

Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal.

Petua Elak Sakit Belakang

Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam

* Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang

* Kekalkan kedudukan susuk badan (postur) yang baik ketika duduk dan berdiri

* Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lututsaja


* Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda

* Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit

* Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah

* Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama

* Pegang objek yang berat rapat ke badan anda

* Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa

Cara Rawatan di Rumah

# Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot

# Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal

# Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama

# Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini

# Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang

Wednesday, January 12, 2011

Risiko sakit jantung bagi penonton TV

Mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton televisyen mempunyai risiko dua kali ganda terlibat dalam masalah jantung. - Gambar hiasan


MENGHABISKAN masa berlebihan di depan televisyen atau skrin komputer meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan mati awal, walaupun individu tersebut dari kategori yang rajin bersenam.

Itu adalah penemuan yang diperoleh dari Jurnal Kolej Kardiologi Amerika isu Januari 2011.
Data menunjukkan, berbanding dengan individu yang menghabiskan masa kurang dari dua jam menonton televisyen untuk hiburan seperti menonton rancangan televisyen, menggunakan komputer atau bermain permainan video, mereka yang menggunakan lebih daripada empat jam untuk tujuan yang sama mempunyai risiko dua kali ganda untuk terlibat dalam masalah kardiologi yang seringkali dirujuk ke hospital dan kematian atau kedua-duanya sekali.
Penyelidikan tersebut merupakan julung kali dibuat dan ia mengaitkan masa menonton televisyen dan risiko maut akibat kardiovaskular.

Kajian ini juga mencadangkan faktor metabolik dan keradangan berkait dengan tabiat duduk lama dan risiko kesihatan jantung.
"Orang yang menghabiskan masa berlebihan di depan skrin seperti menonton televisyen akan mempunyai kebarangkalian untuk mati secara tiba-tiba dan menderita masalah berkaitan kesihatan jantung.
"Analisis kami juga mencadangkan mereka yang menghabiskan masa dua jam ke atas setiap hari di depan skrin meletakkan dirinya berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan jantung," ujar Dr. Emmanuel Stamatakis, dari Jabatan Epidemiologi dan Kesihatan Awam, Kolej Universiti London, United Kingdom.
Malah risiko kematian bagi mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam menonton skrin hiburan meningkatkan sebanyak 125 peratus, berbanding 48 peratus bagi mereka yang cuma menghabiskan masa kurang dua di depan televisyen.

Tabiat tersebut meningkatkan risiko serangan penyakit berkaitan tekanan darah tinggi, Indeks Jisim Badan (BMI) dan penyakit-penyakit berkaitan merokok.
Penemuan ini turut mencadangkan pengamal kesihatan awam membuat garis panduan dengan menganjurkan gerakan-gerakan senaman ringkas dan cara duduk yang betul terutama pada individu berumur dan menghabiskan banyak masa secara tidak aktif.

Antaranya seperti membongkok di bawah meja atau komputer.
"Ini sebenarnya tentang tabiat. Kita macam sudah diprogram, balik rumah terus tekan suis televisyen dan duduk sehingga berjam-jam lamanya. Memanglah ia satu perkara yang seronok dan senang dibuat, tapi ketahuilah dengan tabiat seperti itu memburukkan kesihatan jantung dan kesihatan anda secara keseluruhannya," ujar Dr. Stamatakis.
Satu lagi penemuan hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal tersebut ialah, duduk dalam masa yang lama akan mempengaruhi tubuh badan manusia sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek.
Penyelidik juga akan mencari formula bagaimana untuk mengubah suai kehidupan demi mengurangkan masa duduk dan meningkat pergerakan dan senaman.

Secara umumnya, kajian tersebut telah melibatkan seramai 4,512 orang dewasa yang juga merupakan responden daripada Kajian Kesihatan Scotland 2003.
Sejak tahun tersebut sejumlah 325 kematian daripada pelbagai punca dan 215 penyakit berkaitan jantung terjadi sepanjang tempoh purata 4.3 tahun kaji selidik.
Waktu menonton yang diukur dalam kajian ini termasuk mereka yang suka menonton DVD/TV, permainan video dan termasuk menggunakan komputer untuk tujuan berhibur.