ni kisah pasai MJ saya .................sya bawu ja dengar berita ni terkezut jugak ar
PERBELANJAAN untuk mengebumikan Michael Jackson dilapor menjangkau AS$1 juta (RM3.37) dengan lebih separuh daripadanya digunakan untuk membeli plot kubur. Dalam pada itu AS$35,000 (RM118.000) lagi dibelanjakan untuk membelikan pakaian pengebumian penyanyi itu.
Michael yang meninggal dunia Jun lalu dikebumi hampir tiga bulan selepas itu di Taman Peringatan Forest Lawn dalam majlis yang diadakan waktu malam dan diatur oleh keluarganya yang didakwa oleh beberapa pemerhati sebagai tindakan tergesa-gesa.
Menurut laporan, majlis pengebumian itu yang diadakan pada 3 September lalu hampir dibatalkan kerana pertelingkahan mengenai perbelanjaannya.
Dokumen mahkamah menunjukkan, hanya tiga hari sebelum pengebumian diadakan, ibu penyanyi berkenaan mengemukakan permohonan kepada wasi estetnya supaya membayar bil untuk majlis itu.
Peguam Michael berkata, jika pihak yang menguruskan tanah perkuburan dan jabatan polis tempatan tidak dibayar keesokannya, majlis pengebumian itu tidak akan diadakan seperti yang dirancang.
Hakim yang menandatangani dokumen perbelanjaan mendedahkan kos pengebumian itu minggu lalu serentak dengan pelantikan dua sekutu lama Michael, peguam hiburan, John Branca dan eksekutif muzik, John McClain sebagai wasi estetnya.
Seperti yang dinyatakan dalam dokumen itu, antara perbelanjaan yang dibuat untuk majlis berkenaan termasuk AS$590,000 (RM2 juta) untuk membeli beberapa plot kubur di Great Mausoleum Forest Lawn yang menempatkan mayat Michael.
Selain itu, perbelanjaan sebanyak AS$1,975 (RM6,667) digunakan untuk membeli pakaian keluarganya, AS$2,000 (RM6,800) untuk penyambut tetamu, AS$3,682 (RM12,400) untuk bingkai gambar Michael yang diletakkan di sebelah kerandanya, dan AS$959 (RM3,200) untuk kain bersulam.
Kos menjemput rakan Raja Pop itu untuk menghadiri majlis berkenaan, termasuk Elizabeth Taylor, Macaulay Culkin, Quincy Jones dan yang lain ialah sebanyak AS$11,716 (RM40,000).
Bil keselamatan, termasuk penggunaan beberapa kereta mewah untuk mengangkut anak, ibu bapa dan adik beradiknya ke majlis itu pula menelan belanja AS$30,000 (RM101,200).
Pembelian bunga pula berjumlah AS$16,000 (RM54,000) sementara pengatur majlis mengenakan caj sebanyak AS$15,000 (RM50,100). Sebuah restoran di Pasadena mengenakan caj sebanyak AS$21,455 (RM72,400) untuk majlis jamuan selepas pengebumian.
Seorang peguam estet Michael, Howard Weitzman berkata: "Saya mungkin melakukannya dengan perbelanjaan yang lebih murah. Tetapi itu Michael Jackson. Ketika hidup, dia begitu terkenal dan tidak ada alasan mengapa majlis pengebumiannya tidak boleh diadakan secara besar-besaran.
Sementara itu, Michael terus diselubungi pelbagai perkara pelik walaupun selepas kematiannya.
Baru-baru ini, rangkaian televisyen Britain, Sky menyiarkan rancangan pemujaan antara psikik selebriti, Derek Acorah dengan roh Raja Pop itu.
Menurut Acorah, Michael menghubunginya dalam acara berkenaan dan memberitahu dia dalam proses menyesuaikan diri untuk menjadi roh.
Acorah juga berkata, penyanyi itu kecewa kerana tidak dikebumi di sebelah Marilyn Monroe.
Bercakap sebagai Michael dalam acara itu, dia berkata: "Saya berharap untuk berada di Marilyn Monroe."
Acorah juga menyebabkan peminat Michael yang menyertai acara itu menangis apabila memberitahu bahawa penyanyi itu terharu menerima kasih sayang mereka.
Acorah kemudian berkata, Michael yang mati pada usia 50 tahun Jun lalu, banyak menghabiskan masa dengan datuk dan neneknya.
0 comments:
Post a Comment