BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Sunday, March 21, 2010

etika lawak^^ sama2 see

rupa2nya selama ni sya tidak sedar dengan gurau-gurauan sya  T_T

 
Etika melawak dan bergelak ketawa.MyEm0.Com


Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:


أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
 

Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya."
 

(Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)


Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا


Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.


(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
 

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:
 

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.
Nabi saw bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.


Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.
 

(Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)
 

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah:
 " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina.. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat) 

Nabi saw bersabda:


بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
 

Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim."
 (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain."

(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
 

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.


Nukman bin Basyir ra berkata:
 Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam."


(Hr Thabrani – sahih)


Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا


Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2."


(Hr Ahmad – sahih)
 

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.


Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق


Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba.
 

(Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)


Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:


"Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." 
(59 – 61 : an-Najm)
 

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.
Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ


Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati."

(Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:
 

"Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu."


Said bin al-'As berkata:


"Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas."



Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi. 

 

Tuesday, March 16, 2010

ecececece^^

















HA macamni sumua orang mau tengok

mcm KETIKA CINTA BERTASBIH la pulak

hehehehehehehe.................................

kwan2 saya menyeru diri saya dan kalian supaya

jadi mcm ni k^^  MyEm0.Com

Saturday, March 13, 2010

For information^^ for us!!


SALAM SEJAHTERA ni adalah senarai scholarship yangg adik2 , anak2, sepupu2, bau2 bacang korang yang ingin mengapply scholarship ini so terus mencuba nasib dan berusahalah hingga "habih riang" org kedah kata^^


 MARA Scholarship Programs   
http://www.mara.gov.my/english/division/BPP/default.htm   
 MyEm0.Com
Yayasan Proton Scholarship 
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html 
 MyEm0.Com
PTPTN Education Loan   
http://ptptn.gov.my/ 
 MyEm0.Com
The Star Education Fund 
http://thestar.com.my/edufund 
 MyEm0.Com
Astro Scholarship Award   
http://www.astro.com.my/v5/astrolife/scholarship/ 
MyEm0.Com 

PETRONAS Education Scholarship Programs 
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/ 
MyEm0.Com
2007 MNRB Scholarship Fund 
http://www.mnrb.com.my/ 
MyEm0.Com 

OCBC Bank Scholarship 
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_Abt_Community.shtm 
 MyEm0.Com
Bank Negara Scholarship 
http://www.bnm.gov.my/ 
MyEm0.Com 
ABM 50th Merdeka Scholarship   
http://www.abm.org.my/ 
 MyEm0.Com
Curtin Sarawak Scholarship 
http://www.curtin.edu.my/ 
 MyEm0.Com
The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships 
http://www.nottingham.edu.my/students/MISC/High%20Achievers%20Scholarship%202006-July06.pdf
 MyEm0.Com
HELP University College 
http://www.help.edu.my/scholarships/index.php 
 MyEm0.Com
Adelaide   Achiever Scholarships International (AASI) 
http://www.international.adelaide.edu.au/future/scholarships/ug/ 
 MyEm0.Com
Curtin University of Technology Scholarship 
http://www.emaac.org/ 
 MyEm0.Com
Charles Darwin University Scholarship 
http://www.malaysia-scholarship.com/www.cdu.edu.au/engineering/scholarships_ug_int_eng.htm
 MyEm0.Com
Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships   
http://www.disted.edu.my/

MyEm0.Com
Leeds University Scholarships 
http://scholarships.leeds.ac.uk/ 

MyEm0.Com
Loughborough University Human Science Scholarships 
http://www.lboro.ac.uk/ 
 MyEm0.Com
MAAC Scholarship - La Trobe University 2006 
http://www.latrobe.edu.au/international/courses/ug.html 
 MyEm0.Com
NUS / Asean Undergraduate Scholarship 
http://www.nus.edu.sg/admissions/undergrad/scholarship/nus_asean.htm 
 MyEm0.Com
UCL Pathfinder Scholarships   
http://www.ucl.ac.uk/ 
 MyEm0.Com
University of Sheffield Scholarship 
http://www.shef.ac.uk/malaysia/entry.html 
 MyEm0.Com
UTAR Scholarships 
http://www.utar.edu.my/ 
 MyEm0.Com
Nanyang Technological University Scholarship 
http://www.ntu.edu.sg/oad/scholarships/nanyang.htm 
 MyEm0.Com
Tasmanian International Scholarships 
http://www.international.utas.edu.au/documents/internationalApplication.pdf
 MyEm0.Com
University of Malaya Fellowship Scheme   
http://ips.um.edu.my/ 
 MyEm0.Com
Universiti Malaysia Sarawak Scholarship 
http://www.unimas.my/ 
MyEm0.Com 
King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery  Scholarship)   
http://apply.embark.com/kaust/discovery/ 
 MyEm0.Com
Universiti Malaysia Sabah Scholarship 
http://www.ums.edu.my/pasca
                                                                             MyEm0.Com
--

Monday, March 8, 2010

WAAAHH!!!^^






KEHANGATAN Anugerah Academy Ke-82 atau Oscar sudah tiba ke kemuncaknya. Hari ini (7 Mac waktu Los Angeles) bertempat di Kodak Theatre, seluruh karyawan seni Hollywood dan serata dunia yang lain akan berkumpul untuk menyaksikan satu lagi sejarah yang akan terlakar.
Memang banyak rekod telah tercipta tahun ini dan salah satunya adalah kategori Filem Terbaik yang menyaksikan pihak akademi mewujudkan kembali 10 pencalonan selepas 67 tahun tidak berbuat demikian.

Alasan mereka cukup mudah iaitu mahu memberi peluang kepada semua filem hebat untuk sama-sama bertanding.
Apatah lagi, dengan kejadian dalam tahun-tahun sebelum ini yang menyaksikan filem-filem berkualiti gagal disenaraikan dalam kategori ini biarpun mendapat respons positif.
Maka itu, enggan insiden sama berulang lagi, maka tahun ini kita akan dapat menyaksikan 10 buah filem terbaik bersaing hebat untuk menjadi Filem Terbaik.

Menariknya juga, kali ini kita akan dapat melihat kepelbagaian genre filem yang bertanding di samping beberapa buah filem pecah panggung yang turut tersenarai.
Selalunya, senario itu kurang dilihat pada tahun-tahun sebelum ini apabila filem-filem yang dikategorikan sebagai filem popular ini sukar sekali untuk memenangi hati juri.
Sebagai penutup, Hits mahu membawa penonton untuk menyorot 10 filem terbaik ini yang mewakili genre yang berbeza.

Avatar
MyEm0.Com


Jumlah pencalonan: Sembilan (Filem, Pengarah, Penataan Seni, Sinematografi, Suntingan Filem, Skor Muzik Asal, Suntingan Bunyi, Adunan Bunyi dan Efek Visual Terbaik)
Justifikasi: Benar. Avatar merupakan filem termahal pernah dihasilkan dan juga filem terlaris abad ini dengan jumlah kutipan setakat ini mencecah AS$2.5 billion (RM8 billion).
Istimewanya Avatar juga terletak dari segi teknikal dan kecanggihan yang merobah senario industri perfileman dunia.

MyEm0.ComAdakah dengan kelebihan itu memungkinkan Avatar menjulang Filem Terbaik? Semuanya tidak mustahil dan terletak kepada sentimen juri yang menilai filem ini. Masih ingat kejayaan Titanic di pentas yang sama 12 tahun lalu?

MyEm0.Com

































Apa sahaja boleh berlaku. Seandainya Avatar menang kategori ini, ia mencipta sejarah sebagai filem sains fiksyen pertama menerima anugerah Filem Terbaik.

Saturday, March 6, 2010

YA TUHAN^^

UNTUK DIRI INI DAN JUGA KALIAN........ 
 

~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah.. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
MyEm0.ComSUBHANAALLAH
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
MyEm0.ComALLAHUAKHBAR
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
MyEm0.ComLA ILA HAILLLALLAH
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
MyEm0.ComMASYAAALAAAH
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person..... Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.
MyEm0.ComASTAGFIRULLAH
Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
2MyEm0.ComALLLAAAAAAHHHHHHHH
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
8MyEm0.Com
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

WASSALAM...

Wednesday, March 3, 2010

Khasiat mayonis rawat kecantikan^^

HERAN SAYA HERAN^^ ZMN SKANG MAKANAN yang dicipta leh jadi ubat

 

 

 

 

 

 

 

 

MAYONIS menjadi antara bahan penting dalam penyediaan salad dan sandwich. Penggunaan bahan tersebut juga semakin diterima di kalangan masyarakat di negara ini. Mayonis juga semakin popular apabila bahan tersebut digabungkan dengan bahan tradisional menambah keenakan rasanya.
Bahan asas mayonis yang terdiri daripada telur dan perasa berasaskan minyak hakikatnya menawarkan kelebihan tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan.
Bukan itu saja, ia boleh digunakan sebagai bahan untuk membersihkan kekotoran. Apa kata jika ada lebihan mayonis dalam peti sejuk, kita cuba gunakan bahan tersebut berpandukan kepada beberapa tips yang dimuatkan untuk minggu ini.

 MyEm0.Com
Pelembap kulit
MAYONIS kaya dengan bahan pelembap tersendiri berasaskan kepada kandungan minyak dan telur di dalamnya.
Ia baik untuk kulit, malah mayonis sememangnya digunakan dalam beberapa jenis rawatan kulit. Cuba sapu mayonis di permukaan kulit dan urut secara lembut. Selepas selesai bilas bahagian yang berkenaan. Kaedah ini dipercayai membantu mempercepatkan proses pelembapan kulit.

 MyEm0.Com
Perapi rambut
BAHAN pelembap yang terkandung dalam mayonis mampu meresap di bahagian bawah kulit. Ia juga berupaya menjadikan rambut sihat bersinar. Cuba gunakan mayonis sebagai bahan perapi untuk rambut. Lumur mayonis pada rambut sekurang-kurangnya sepuluh minit dan bilas.

 MyEm0.Com
Rawatan kuku
APA kata cuba gunakan mayonis untuk mendapatkan kuku yang kuat dan sihat selain tampak natural.
Sapu sedikit mayonis pada kuku dan biarkan selama sepuluh minit. Cuci dan keringkan kuku. Amalkan selalu, kuku anda akan menjadi lebih kuat dan sihat.

MyEm0.Com
Hilangkan kesan tar jalan pada kereta
SAPU mayonis pada kesan tar dan tunggu beberapa minit. Gunakan kain lembut untuk hilangkan kesan kotoran itu.

MyEm0.Com
Mengurangkan kesan panahan matahari
SELEPAS berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan.
Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

 MyEm0.Com
Hapuskan kesan krayon pada perabut berasaskan kayu
AMBIL sedikit mayonis dan sapukan pada kesan krayon. Biarkan selama lima hingga sepuluh minit. Lap menggunakan kain lembap.

MyEm0.Com
Melembapkan bahagian siku, lutut dan kaki
SAPU mayonis di bahagian yang kasar dan kering terutama pada siku, lutut dan tumit kaki. Biarkan selama sepuluh minit dan selepas itu bersihkan menggunakan tuala lembap.


ini just from UTUSAN KESIHATAN^^ just for sharing  MyEm0.Com