BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Monday, March 8, 2010

WAAAHH!!!^^






KEHANGATAN Anugerah Academy Ke-82 atau Oscar sudah tiba ke kemuncaknya. Hari ini (7 Mac waktu Los Angeles) bertempat di Kodak Theatre, seluruh karyawan seni Hollywood dan serata dunia yang lain akan berkumpul untuk menyaksikan satu lagi sejarah yang akan terlakar.
Memang banyak rekod telah tercipta tahun ini dan salah satunya adalah kategori Filem Terbaik yang menyaksikan pihak akademi mewujudkan kembali 10 pencalonan selepas 67 tahun tidak berbuat demikian.

Alasan mereka cukup mudah iaitu mahu memberi peluang kepada semua filem hebat untuk sama-sama bertanding.
Apatah lagi, dengan kejadian dalam tahun-tahun sebelum ini yang menyaksikan filem-filem berkualiti gagal disenaraikan dalam kategori ini biarpun mendapat respons positif.
Maka itu, enggan insiden sama berulang lagi, maka tahun ini kita akan dapat menyaksikan 10 buah filem terbaik bersaing hebat untuk menjadi Filem Terbaik.

Menariknya juga, kali ini kita akan dapat melihat kepelbagaian genre filem yang bertanding di samping beberapa buah filem pecah panggung yang turut tersenarai.
Selalunya, senario itu kurang dilihat pada tahun-tahun sebelum ini apabila filem-filem yang dikategorikan sebagai filem popular ini sukar sekali untuk memenangi hati juri.
Sebagai penutup, Hits mahu membawa penonton untuk menyorot 10 filem terbaik ini yang mewakili genre yang berbeza.

Avatar
MyEm0.Com


Jumlah pencalonan: Sembilan (Filem, Pengarah, Penataan Seni, Sinematografi, Suntingan Filem, Skor Muzik Asal, Suntingan Bunyi, Adunan Bunyi dan Efek Visual Terbaik)
Justifikasi: Benar. Avatar merupakan filem termahal pernah dihasilkan dan juga filem terlaris abad ini dengan jumlah kutipan setakat ini mencecah AS$2.5 billion (RM8 billion).
Istimewanya Avatar juga terletak dari segi teknikal dan kecanggihan yang merobah senario industri perfileman dunia.

MyEm0.ComAdakah dengan kelebihan itu memungkinkan Avatar menjulang Filem Terbaik? Semuanya tidak mustahil dan terletak kepada sentimen juri yang menilai filem ini. Masih ingat kejayaan Titanic di pentas yang sama 12 tahun lalu?

MyEm0.Com

































Apa sahaja boleh berlaku. Seandainya Avatar menang kategori ini, ia mencipta sejarah sebagai filem sains fiksyen pertama menerima anugerah Filem Terbaik.

0 comments: