BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Thursday, November 4, 2010

Die hard to love^^


Sekarang kita patah balik ke cerita dokumentari tadi,tajuk gempaq astro betul "DYING FOR LOVE" menarik sangat,aku mula-mula ingat kisah manusia bodoh yang bunuh diri,aku pun dengan keropok sebakul (agak melampau lak pembilang aku tu) aku mengunyah sambil tunggu apa yang akan di paparkkan.Sekali keluar haiwan-haiwan yang mengawan sampai mati.pergh...!!!! aku tak pernah tahu,mengawan pun boleh mati.Antara haiwan yang sanggup mati masa mengawan adalah :-

 1) kala jengking


Langkah pertama kala jengking jantan akan usyar kala jengking betina tu dalam seminggu.Selepas alamat di ketahui dan satus single(tak kisah la dara @ janda) hik hik hik Then kala jengking jantan akan ajak kala jengking betina tu keluar.Kala jengking ni akan pergi rumah kala jengking betina tu.Fuyoo...gentlement tu.Kemudian kala jengking jantan akan mengajak kala jengking betina menari..tararam...tataram..tataram...masa tu maybe sesi penyesuaian la kot,Kemudian kala jengking jantan akan membawa kala jengking betina ke satu kawasan yang sunyi ,yang mana kala jengking jantan sudah pun melepaskan spermanya di kawasan tersebut.Bijak-bijak.Kala jengking ini akan mengawan di kawasan yang telah di tandakan oleh kala jengking jantan.Apa kaitannya dengan DYING FOR LOVE??ha...Perhatian!!! jika kala jengking jantan tidak berjaya memujuk sang betina ke tempat yang kala jantan tu dah cop tadi maka kala jantan akan di bunuh oleh kala betina.wawawawa..Means kala jantan perlu bersedia untuk mendapat maut.Dahsyat betul la.Yang best kalau kala jantan berjaya maka kala betina tu milik dia untuk selamanya kerana kala betina ni setia pada yang satu!!

2) Ikan jerung


Kita semua tahu yang ikan jerung ni sangat ganas dan kita akan membayangkan keganasan yang di lakukan ketika mengawan kan?ya..tepat sekali,haiwan ini sangat ganas tetapi bukanlah pada waktu mengawan kerana haiwan ini sangat manja ketika mengawan.hik hik hik.betul la cakap orang "Don't judge a book by it's cover".Shark betina akan membuat aksi-aksi menarik depan shark jantan (macam GRO la lebih kurang),kemudia si jantan akan mengikut si betina dan si betina akan lari ala-ala gadis malayu yang malu ketika di risik orang.hahahaha...Biasa la jantan mesti akan kejar dengan lebih laju,kemudian bila si jantan dapat kejar si betina,si jantan menggigit sirip paketoral(sirip yang di gunakan untuk menujah air)dan masa itu si betina akan meronta-ronta sekuat hati.(dah macam aksi rogol dah) shark jantan kena tarik shark betina hingga mencecah dasar laut baru la si betina akan tunduk pada si jantan.(masa ni aku tengok macam smackdown dah) hik hik hik.Sekiranya shark jantan tidak berjaya mengalahkan betina maka si jantan akan di serbu oleh shark jantan yang lain namun jika menang, shark jantan tersebut dapat lakukan apa sahaja ke atas si betina.Maknanya shark jantan perlu bersedia untuk di belasah oleh shark lain.Mengagumkan dan sangat menarik.

3) Labah-labah
 Seterusnya labah-labah.Seperti yang kita tahu bahawa labah-labah pernah menyelamatkan Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda di burui musuh.Masa baginda masuk ke gua utnuk menyembunyikan diri Allah telah memerintahkan labah-labah supaya membuat sarang di hadapan pintu gua tersebut.Dari situ kita tahu bahawa labah-labah sentiasa sanggup mengorbankan dirinya untuk yang di sayanginya.Begitu juga ketika proses mengawan.Pernah tak korang melihat rangka labah-labah yang kering?pernah tak korang berfikir kenapa labah-labah mati dalam keadaan begitu?dan sekarang aku ada jawapannya yang agak memeranjatkan aku.semasa mengawan labah-labah jantan akan melayan labah-labah betina seperti permaisuri.Orang putih cakap first class la kan.Labah-labah ni haiwan yang romantik jadi sebelum dia mengawan labah-labah jantan ni akan membelai sang betina kerana dia tahu sang betina akan sakit dan selepas proses mengawan selesai labah-labah jantan akan mengorbankan dirinya kepada labah-labah betina dengan membiarkan dirinya di makan oleh sang betina kerana sang jantan percaya kekasihnya kepenatan.Maksudnya di sini,labah-labah jantan pasti akan mati setelah berasmaradana.Tragis sungguh.Besar pengorbanannya kepada sang kekasih.

Begitulah kisah 3 jenis haiwan yang "DYING FOR LOVE" di sini aku nak selit sikit adegan asmarada sang kura-kura.Ini asmara je tiada pengorbanan untuk mati pun tapi yang melucukan aku kura-kura jantan naik kat atas badan kura-kura betina boleh korang imaging tak betapa lembabnya adegan mereka sehingga mengambil masa 3jam untuk menyelesaikan adegan lucah tu,dengan cengkerangnya lagi lepas tu dengan proses tujahan yang lembab...wakakakaka...

p/s korang jangan jadi macam haiwan k!!!

3 comments:

afiq. said...

nga sangap ke bro tulis cte pasal mengawan2 nh...hahaha

mAd~TAU^^ said...

manadaaa.........
cuba terkesima ngan cara mereka
semata2 utk mengawan huhuhuhu


so dont be like them yar^^

afiq. said...

haha...manusia takde nye sggup mati semata-mata nk beromen....
byk lagi alternatif laen...hahaha