BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Friday, November 5, 2010

++ mind^^

ini yg sya jumpa ..so sama2lah kita share................leh positipkan minda2^^

Assalamualaikum w.b.t.Gempa bumi, hujan, jerubu, banjir, gunung berapi, tsunami dan apa saja dugaan, hadapilah dengan hati dan jiwa yang tenang.sebabnya,banyak sangat musibah disebabkan daripada musibah.Antaranya adalah melatih kita agar bersabar, menyucikan hati adri sifat-sifat2 tercela dan banyak lagi.

Untuk mengelakkan tekanan ke atas sesuatu musibah , kita perlu melalui anjakan pola pemikiran. Dan pola pemikiran itu pernah disampaikan dan dicontohi oleh berbagai ulama Islam. Berikut adalah sebhagian kecil Tips menghadapi musibah.

Pertama:

Apabila musibah melanda kita, pertama sekali perlu kita posotifkan kita punya fikiran. Antaranya dalah dengan meyakini bahawa musibah ini sebagai petanda bahawa Allah sedang menguji kita sebagai seorang mukmin. Imam muslim  meriwayatkan daripada abu Hurairah. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:" Seseorang Mukmin laksana pokok tanaman, setiap kali angin lalu menghentamnya. Dan seorang munafik laksana tumbuhan padi , ia tidak akan dicabut melainkan ketika waktu menuai." Juga meyakini bahawa Allah s.w.t sedang membersihkan dosa-dosa kita. Di dalam kitab Muwatha dan Sunan al-Tirmizi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Bala sentiasa menimpa diri anak-anak dan harta seorang Muslim atau Muslimah , sehingga ia menghadap Allah tanpa membawa dosa sedikit pun." Apabila anda mengalami kecurian, cuba lakukan seperti kisah yang diceritakan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin ini. 

Suatu ketika seorang lelaki soleh kehilangan wangnya. Setelah puas mencari, dia pon dah tahu sapa yang mencuri wangnnya itu.Kemudian dia berkata " semoga Allah memberkatinya. Mungkin dia lebih memerlukan wang itu daripada saya."

Kedua:

Apabila ditimpa musibah, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah membayangkan besarnya nikmat Allah yang diberikan, maka  hadipalah degan penuh tenang dan penuh keredaan. Satu hari, seorang wanita solehah, isteri kepada Imam Fath al-Musili, tersandung sesuatu hingga menyebabkan kuku jari kakinya patah. Beliau hanya tertawa melihat darah yang mengalir dari jarinya. Seseorang bertanya: " Tidakkah engkau berasa sakit?" Ia menjawab : " Kelazatan pahalanya mengalahkan kesakitan kesakitan yang ak rasai."

Ketiga:

Hendaklah berfikiran luas dan mendalam terhadap sesuatu musibah dengan melihat daripada berbagai segi dan sudut.Suatu hari ada seorang mengeluh mengenai kesusahan kehidupannya kepada Muhammad bin samak, seorang imam yang sagat zuhud. Ia mengeluh kerana dibebabni hutang dan kesulitan mendapatkan wang. 

Ibn Samak lalu betanya: " Berapakah wang yang engkau perlukan?" ia menjawab: " sepuluh ribu." Ibn samak bertanya lagi, " Adakah kamu mahu memilik wang sepuluh ribu dengan matamu hilang?" Si fakir menjawab: " tidak mahu." Ulama itu bertanya lagi, " Adakah kamu mahu memiliki wang sepuluh ribu tetapi lidah menjadi bisu?" Ia menjawab " tidak mahu." Adakah kamu mahu memilik wang sepuluh ribu dengan kaki dan tanganmu  terputus?" Sekali lagi org itu menjawab, " tidak mahu". Ulama yang bijak itu menjawab, " kamu memiliki sesuatu yang lebih berharga daripada wang 30 ribu, tapi mengapa masih bersedih?"

InsyAllah dengan tips2 ini, saya berharap kepada yang tengah menghadapi banjir dan apa saja semoga tabah dengan musibah ini. Ada hikmah disebalik yang berlaku.Wallahualam.

0 comments: