Seorang guru memegang segelas air dan bertanya
 kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.
Bagus!  tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat
 air ni kerana saya tidak  menimbangnya. Ok 
bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab
Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,
Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?
“Tidak!” murid menjawab.
Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan  cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana
 lumpuh”, salah  seorang murid menjawab diikuti dengan 
gelak ketawa satu kelas.
Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya 
pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?
Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya 
dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
Ya  , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan 
masalah yang  kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita 
menanggung beban satu masalah  itu dalam masa yang 
singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu  masa 
yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya 
beratnya  adalah sama.
Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah  dibawa, 
segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan 
 selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak
 menghantui  kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita 
bangun otak kita jadi  fresh dan bersedia menghadapi hari baru 
dengan lebih ceria dan penuh  semangat.
Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang 
silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa
Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”
AHLAN~WASAHLAN^^
 
   Tuesday, March 29, 2011
lepashkan aja ^^
Posted by mAd~TAU^^ at 6:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 Ipoh Time
  Ipoh Time



 
0 comments:
Post a Comment