Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh
menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg
plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka
benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa
bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap
murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak
lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja
kamu pergi selama seminggu.
Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut
menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik
dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut
dan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana
selain beg berat,badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu
berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak.
Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk
yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang
dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk
lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV
dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita
simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan
membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri
tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk
seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu
Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang
jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik
darpada membenci..!!.
0 comments:
Post a Comment