BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Monday, August 16, 2010

mari lihat nset ini ^^





10 Tips Menjaga Handphone

HA inilah enset yg paling x mengeluarkan radiasi
ENSET mcm SYA!!!!!!!
semakin canggih semakin byak radiasi
terbukti berkesan

1. Jangan Simpan Dalam Poket

Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone didalam poket seluar, sebaiknya selepas membaca artikel ini anda akan berfikir dua kali kerana, handphone menghasilkan medan elektrostatik dan elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Dekat Dengan Barangan Elektronik

Jangan gunakan handphone ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain. Daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam handphone terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta

Dalam keadaan tertentu, handphone yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Handphone yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkan terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Terlalu Dekat Dengan Komputer

Komputer dan handphone adalah alat yang mempunyai gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan.

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi

Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi dan berdebu merupakan musuh bagi handphone anda. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” handphone anda di atas dashboard kereta, tingkap dan beg.

6. Jangan Meletakkan Kad SIM Berdekatan Magnet

Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Handphone juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori dan kad kredit anda.

7. Jangan Dekat Dengan Logam

Hindari handphone anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker handphone anda akan menarik benda-benda tersebut. Handphone akan mengalami kerosakan fizikal.

8. Jangan Dekat Dengan Alatan Hospital

Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk handphone. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran dan alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana handphone, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar

Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan handphone anda tidak berfungsi dengan baik.

10. Jangan Basah

Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi handphone. Air juga musuh kepada kamera handphone. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan handphone anda sebelum hujan tiba.

0 comments: