BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Monday, October 12, 2009

tudia?? ^^

Hidung Tersumbat Ketika HamilMyEm0.Com

Masalah hidung tersumbat juga kerap berlaku pada
wanita hamilberpunca peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron. Ini secara automatik merangsang pengaliran darah ke semua membran mukus di seluruh badan, termasuk di dalam hidung.

Keadaan ini menyebabkan tisu di dalam hidung menjadi lembut dan bengkak yang akhirnya menyempitkan laluan udara. Wanita yang ada alahan rinitis mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah hidung tersumbat apabila dia hamil. Masalah hidung tersumbat ini boleh berlarutan sepanjang kehamilan hingga selepas melahirkan anak.

Dianggarkan 20 hingga 30% wanita mengalami masalah ini ketika hamil. Secara semula jadi apabila hidung tersumbat, kita cuba menghembus nafas dengan lebih kuat. Kekerapan menghembuskan hidung dengan kuat kadangkala boleh menyebabkan hidung berdarah. Tanpa penjagaan rapi, masalah ini boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.



Langkah untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat :MyEm0.Com

* Tutup sebelah lubang hidung dengan menekannya menggunakan ibu jari. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang teknik ini untuk sebelah lagi sehingga anda boleh bernafas dengan lebih selesa.

* Semburan hidung secara umumnya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Jika tidak pasti, rujuk doktor terlebih dulu sebelum menggunakan sebarang produk.

* Minum banyak 
air, terutama sepanjang siang

* Masalah hidung tersumbat biasanya lebih teruk apabila anda baring. Justeru, tinggikan sedikit kepala anda ketika tidur. Kaedah ini sangat berkesan pada kanak-kanak.

* Anda boleh menggunakan pelekat pada hidung yang dijual di farmasi. Walaupun pelekat hidung ini direka untuk mengatasi masalah berdengkur, ia juga boleh digunakan untuk masalah hidung tersumbat kerana membantu meluaskan rongga hidung yang membuatkan pernafasan lebih lancar.

Panduan Untuk Wanita Hamil MyEm0.Com

# Jangan guna semburan hidung antihistamin (bagi wanita hamil)

# Bagi wanita hamil, elak guna bahan dekongestan (agen pelega hidung tersumbat) kerana ia sepatutnya hanya digunakan sebagai pilihan terakhir kerana ia ada banyak kesan sampingan.

# Gunakan tuala lembap yang lembut untuk membersihkan rongga hidung.

# Untuk melembapkan rongga hidung, sapukan jeli petroleum. Atau letak segelas air di meja ketika bekerja di pejabat. Alat pendingin hawa menyebabkan kulit dan rongga hidung menjadi kering.

# Jika hidung berdarah, condongkan badan ke depan, picit kedua-dua belah hidung (di pertengahan hidung) selama 5 minit dan bernafas melalui mulut. Jika masih berdarah, ulang langkah ini hingga pendarahan berhenti.





untuk kanak2.......MyEm0.Com



Walaupun masalah hidung tersumbat adalah perkara biasa, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian jika berlaku pada bayi yang boleh alami kesukaran untuk bernafas atau menyusu. Segera dapatkan nasihat doktor kerana bayi yang baru berusia beberapa bulan belum pandai bernafas melalui mulut.............................................................................................................................................................oleh itu sentaisalah berfikir utk masa depan diri sniri n anak-anak anda MyEm0.Com


sya dpat maklumat dari sini.......................
http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/10/hidung-tersumbat.html


0 comments: