BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Wednesday, September 30, 2009

Kawal perisian ketika proses start-up

Salam


This time..........pasal komputer ckit...........if there is friend that do not know about this ....you can try.....bukan apa JUST for ME and U all..........same2 dapat kan..............info ni  I amek dari
tips n triks dlm metro....................SUMBER soheh ..dont worry............



Setiap kali perisian dalam kategori Perisian Utiliti dipasang di dalam komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik setiap kali komputer dimulakan.
Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian terbabit tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat di dalam kawasan 'System Tray', di sebelah kanan bawah Task Bar. Jika banyak perisian yang sudah dimulakan, maka akan panjanglah senarai ikon di dalam 'System Tray' sesebuah komputer itu.
Sebenarnya terdapat kemudahan yang mana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul di dalam senarai 'System- Tray' daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan.


Untuk mencapai kemudahan pengawalan perisian yang muncul di dalam 'System Tray', ikuti langkah berikut:
1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG
2. Pilih Tab Startup
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan.    Tekan OK apabila selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan 'restart'.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer selepas senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ulangi langkah seperti di atas.


Selepas memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding sebelum itu.
Ia juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih cekap.

0 comments: