BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

AHLAN~WASAHLAN^^


Sunday, September 13, 2009

Kuburnya mungkin dipindah

Moga -moga  roh MikeaL diberkati...................rasa sakit hati juga jika mayat muslim ini diperakukan sebagai non-muslim ikutilah berita di bawah
BERLIN: Michael Jackson (gambar) mungkin belum menemui tempat persemadian terakhirnya di tanah perkuburan di California.

Abangnya, Jermaine, dalam wawancara dengan satu rangkaian televisyen Jerman berkata, dia mahu melihat kubur itu dipindahkan.

“Saya tidak begitu gembira dengan keputusan mengebumikannya di tanah perkuburan di Los Angeles,” menurut kenyataan akhbar prasiaran yang dikeluarkan oleh rancangan Johannes B Kerner Show.

“Sejak awal lagi saya berpendapat adik saya perlu dikebumikan di Neverland,” kata Jermaine, merujuk kepada ladang persendirian milik penyanyi itu.
Michael mati pada 25 Julai pada usia 50 tahun akibat memakan ubat berbahaya secara berlebihan dan dikebumikan lapan hari lalu di Tanah Perkuburan Forest Lawn.
Sementara itu, kakak Michael, La Toya mendedahkan, penyanyi itu dikebumikan bersama satu sarung tangan putih, cermin mata hitam dan berpakaian lengkap dengan dihiasi rantai mutiara dan tali pinggang besar emas.

La Toya memberitahu demikian dalam wawancara yang disiarkan menerusi televisyen di Amerika Syarikat semalam.

"Rantai mutiara serba putih menghiasi mayatnya, begitu juga dengan tali pinggang emas yang cantik, seperti tali pinggang yang anda menangi apabila menjadi juara tinju juga dikebumikan bersamanya," kata La Toya kepada wartawan, Barbara Walters ketika ditemuramah dalam rancangan '20/20' menerusi televisyen ABC.

"Selain dimekap sepenuhnya, Michael juga dikebumikan dengan satu sarung tangan putih," kata La Toya.

0 comments: